Pages

Petua mengatasi demam kuning atau jaundice pada bayi.



Demam kuning memang banyak menyerang bayi yang baru lahir. Walaupun penyakit ini biasa terjadi tetapi ia boleh mengancam nyawa bayi jika tiada rawatan yang sewajarnya.

Malah ia juga sedikit sebanyak mengganggu disiplin ibu-ibu yang sedang menjalani rawatan berpantang.Ini kerana jika si anak terpaksa di masukkan ke hospital, ibu pula terpaksa berulang alik untuk menjengok dan menyusukan bayi mereka.

Sebenarnya semasa saya menulis newsletter saya itu, saya tidak sempat untuk memberikan beberapa petua yang boleh di cuba jika bayi anda terkena demam kuning .

Bagaimanapun dalam banyak respon yang saya terima, ada satu email dari subscriber saya yang menulis mengenai pengalaman beliau semasa merawat bayi beliau yang terkena demam kuning sewaktu itu.
Zurinawaty Mohamad to Rahimah
show details 22 Jan (5 days ago) Reply

Terima kasih puan di atas newsletter tu… mmg betul, kalau bayi kena kuning, si ibu mmg tak boleh nak berpantang dengan sempurna… pengalaman saya pada anak sulung, sekarang dah 6 tahun, hari ke lima dia dikejarkan ke hospital kerana bacaan kuningnya tinggi, Alhamdulillah dalam masa 2 hari bacaannya dah mulai turun dan boleh pulang ke rumah.

Saya nak berkongsi petua nie… masa kat dalam wad, saye ni menangis tak henti2… maklumlah anak pertama, kita taka de pengalaman lagi… datanglah seorang makcik cleaner berbangsa india… dia suruh saya minum air glugos ori bebanyak dan pas tu kita susukan baby (susu badan)… petang tu gak saya minta husband belikan dan terus minum… saya ulang beberapa kali… Alhamdulillah, doctor pun kata anak saya cepat bertindak balas dengan baik… menurut makcik tu lagi… semasa usia kandungan dah masuk sembilan bulan, boleh amalkan minum air glugos bagi elakkan anak kuning….

Anak yang kedua, saya ambil glugos masa kandungan dah masuk 9 bulan… Alhamdulillah anak perempuan saya tak kena kuning dan sihat…
Saya nak beri jaminan yang petua ni betul-betul berkesan pun tak berani… nnti apa kata orang kebetulan ke ape ke kan… tapi untuk anak yang ketiga ni, saya akan tetap minum glugos seperti yang makcik tu cakap… saya berdoa sesangat agar bayi yang bakal lahir pada 20 Februari 2008 ini dilahirkan dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan… insyaallah…

Terima kasih saya ucapkan pada Puan Zurinawaty yang telah sudi untuk berkongsi petua dengan kita. Pada hari ini juga saya tuliskan di sini beberapa petua lain yang mungkin serasi dengan bayi anda .

Manalah tau, sekurang-kurangnya kita boleh mencuba berbagi petua supaya rawatan berpantang kita tidak terganggu.

Antara petua lain :

1.Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .

2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.

3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.

4.Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.
5.Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan  Mandikan bayi dalam berapa hari.

6.Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.

7.Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( sikit saje ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan. 



Sumber: PaMa


Entri menarik lain: