DHA Penting Untuk Perkembangan Bayi




bayi, baby, comel, fakta, menarik, bersalin, air, beranak, tersedak, susu, DHA, EPA, minyak ikan
Jika anda pergi ke pasar raya untuk mencari susu formula bayi, anda akan lihat kebanyakan jenama mempunyai perkataan 'DHA' tertulis pada pelekatnya. Kemudian jika anda berjalan beberapa langkah lagi anda dapat lihat kotak-kotak yang mengandungi telur ayam pun mempunyai perkataan yang sama tercetak padanya. Anda hairan mengapa DHA dimasukkan ke dalam makanan ini. Jawapannya wajar diperhatikan terutama sekali bagi wanita yang mengandung.


bayi, baby, comel, fakta, menarik, bersalin, air, beranak, tersedak, susu, DHA, EPA, minyak ikan

Apa Itu DHA

DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90% daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu!

Semasa hamil, bayi memperolehi DHA daripada rahim ibu. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantung kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.

Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pra-lahir yang mereka ambil. 


Manfaat Kepada Bayi dan Kanak-kanak

Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayiyang mempunyai paras DHA dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.

Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu (susu ibu), dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi. Kajian menunjukkan pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung akan memberi keberhasilan yang lebih baik terhadap perkembangan bayi, dari segi :

* Penyelarasan mata dengan tangan
* Kemahiran gerakan bermotor
* Jangka tumpuan yang lebih panjang
* Markah IQ yang lebih tinggi



bayi, baby, comel, fakta, menarik, bersalin, air, beranak, tersedak, susu, DHA, EPA, minyak ikan


Sumber DHA

# Alga (rumpair) - Sesetengah alga merupakan sumber semulajadi bagi DHA. Manakala ramai orang percaya ikan dapat mengeluarkan DHA-nya sendiri, tetapi sebenarnya, alga yang dimakan oleh ikan itu menjadikannya sebagai sumber yang kaya dengan DHA

# Jenis ikan yang berlemak, termasuk ikan bilis, ikan salmon, ikan hering, ikan tenggiri, tuna dan ikan halibut

# Daging organ, seperti hati

# Sejumlah kecil boleh didapati dalam kuning telur

bayi, baby, comel, fakta, menarik, bersalin, air, beranak, tersedak, susu, DHA, EPA, minyak ikan


Hati-hati Memakan Ikan

Persatuan Jantung Amerika, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), mengeluarkan nasihat/amaran berkaitan dengan pemakanan ikan. Amaran ini dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap penemuan sesetengah ikan mengandungi methylmercury, iaitu sejenis pencemar yang sekiranya berada pada paras yang tinggi boleh membahayakan sistem urat saraf janin yang sedang membesar, dan juga bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak yang baru bertatih.

Ini boleh membawa kepada kesan negatif terhadap jangka masa penumpuan, penguasaan pertuturan, keupayaan penglihatan dan mengesan ruang, daya ingatan dan penyelarasan. Adalah dianggarkan hampir 60,000 kanak-kanak setiap tahun dilahirkan dengan dibebani risiko masalah neurologi yang disebabkan oleh pendedahan kepada methylmercury semasa di dalam rahim ibu.

bayi, baby, comel, fakta, menarik, bersalin, air, beranak, tersedak, susu, DHA, EPA, minyak ikan
DHA Daripada Susu Ibu vs Minyak Ikan

Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi kedua-dua DHA dan EPA (asid eikosapentaenoik). Meskipun demikian, suplemen minyak ikan biasa mengandungi EPA dengan jumlah yang agak besar dan sebaliknya mengandungi DHA sekadar sederhana sahaja.

Bagi orang dewasa, DHA dan EPA dapat dihadamkan serta diserapkan. Bagi bayi dan janin, EPA mungkin bersaing dengan DHA untuk merebut tempat dalam membran sel saraf, dan ini mungkin membahayakan otak yang sedang berkembang, dan juga perkembangan mata dan sistem saraf.

Dalam susu ibu manusia, jumlah DHA adalah 4 kali lebih tinggi daripada jumlah EPA. Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik.

bayi, baby, comel, fakta, menarik, bersalin, air, beranak, tersedak, susu, DHA, EPA, minyak ikan


Penyulingan Molekular


Sesetengah pengilang mengeluarkan minyak ikan melalui suatu proses yang dikenali sebagai 'penyulingan molekular' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan.

Bagaimana pun, proses ini tidak mungkin dapat menghapuskan 100% methylmercury kerana dengan kaedah yang digunakan sekarang ini, pasti masih boleh meninggalkan sedikit sebanyak kesan toksin - mungkin pada paras yang tidak boleh dikesan. Ia banyak bergantung kepada sensitiviti alat ujian yang digunakan.

bayi, baby, comel, fakta, menarik, bersalin, air, beranak, tersedak, susu, DHA, EPA, minyak ikan


DHA Daripada Sumber Sayur-sayuran (Alga)


Suplemen DHA yang diperbuat daripada alga kini boleh didapati. Ia mengemukakan pilihan yang lebih selamat untuk ibu mengandung dan menyusu, yang ingin memperolehi manfaat DHA untuk bayi mereka tanpa berasa cemas tentang ketoksikan methylmercury ataupun kandungan EPA yang tinggi.

Martek Biosciences, dari USA, merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang berjaya mengeluarkan DHA daripada jenis alga yang telah dipatenkan dan ditumbuhkan secara besar-besaran dalam tangki penapaian yang ditempatkan pada jarak yang jauh dari laut, dengan menggunakan air yang ditapis - semuanya ini dikawal ketat di bawah syarat perkilangan GMP. Oleh sebab itu, alga daripada Martek tidak sekali-kali akan terdedah pada pencemaran.

Alga yang ditanam jauh dari laut bermakna alga ini tidak terdedah kepada pencemar lautan. DHA daripada sumber alga juga adalah bebas daripada lain-lain asid lemak poli-taktepu yang berantai panjang seperti EPA, yang wujud secara semulajadi dalam minyak ikan.

bayi, baby, comel, fakta, menarik, bersalin, air, beranak, tersedak, susu, DHA, EPA, minyak ikan
Dos Yang Disyorkan

Pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ISSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak formula susu untuk pra lahir dan untuk bayi yang mengandungi DHA, tetapi parasnya selalunya rendah. Suplemen tambahan masih lagi diperlukan dan disyorkan.

Di samping itu, sesetengah kajian menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam dietseorang ibu yang baru melahirkan anak, mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan keafiatan dan kesejahteraan emosi ibu tersebut selepas melahirkan anak.

DHA Bersalut Enterik

Suplemen DHA yang diperbuat daripada kapsul sayuran bersalut enteric juga mempunyai keistimewaan. Salutan enteric melindungi kapsul itu daripada tindakan asid dalam perut, dengan itu memastikan kapsul itu akan menghancur dalam usus, dan tidak dalam perut. Penyerapan DHA adalah lebih baik apabila ia diserap dalam usus. Lagipun, tidak akan berlaku rasa pahit-pahit apabila ibu itu bersendawa. Ini merupakan suatu perkara yang penting bagi seorang ibu mengandung kerana dia mungkin berasa terlalu sensitif terhadap bau-bau tertentu.

bayi, baby, comel, fakta, menarik, bersalin, air, beranak, tersedak, susu, DHA, EPA, minyak ikan



Panduan Membeli Suplemen DHA

Dalam memilih suplemen DHA untuk ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusu, pastikan sumbernya adalah daripada sayuran. Ini merupakan pilihan yang lebih selamat kerana ia tidak mengandungi sebarang toksin yang mungkin terdapat dalam DHA yang sumbernya daripada ikan. Untuk memilih suplemen DHA yang baik kualitinya, pastikan alga itu dikeluarkan dalam keadaan kawalan yang ketat demi untuk menjaminkan keselamatan dan ketulenannya.

Memastikan diet yang sihat dan seimbang semasa mengandung dan menyusu adalah amat penting bagi kedua-dua ibu dan bayi. Selain daripada mengambil dos-dos DHA harian, ibu mengandung dan menyusu seharusnya juga mengambil suplemen pra-lahir yang mengandungi lebih tinggi kalsium, zat besi dan asid folik untuk menampung keperluan yang sedang meningkat pada saat-saat penting ini, maka dengan itu memberikan bayi anda asas yang baik untuk memulakan hidupnya kelak. 



Sumber: sihatselalu[dot]com



Entri menarik lain: