Pages

Padan muka kau si BOROI


lelaki, payudara, seksi, hot, mantap, tetek, payudara, tengok, subur, ghairah, visual, ingin, gebu, montok, gede, libido, bulu, awek, wanita, perempuan, Isteri, hukum, malam pertama, dara, seks, kahwin, gemuk, boroi, sperma, air mani, khasiat

Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca blog yang setia. Topik hari ini adalah berkaitan dengan perut aku yang dah boroi. Apa pasal lepas kahwin je, perut aku boroi! Dulu sebelum kahwin, badan aku slim gila! Selama 20+ sentiasa slim, tapi sekarang berat badan dah naik. Kalau area tangan tu dah macam ada daging and lemak. Perut tu boroi macam bapak orang.



Rasanya bukan aku seorang saja yang bertanya diri sendiri kenapa orang lelaki bila dia dah berkahwin perutnya akan buncit. Selalu juga aku dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurusla, tapi dah kahwin nanti mesti gemuk.” 

Tak pun kalau jawapan orang kampung atau makcik pakcik "boroi tandanya happy"



Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik. Tapi… kenapa ye? – Aku bukan kurus wei, cuma tak gemuk je haha.




gambar sekadar hiasan


Persoalan itu terjawab akhirnya selepas aku baca satu artikel dalam Majalah Maskulin baru-baru ini. Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan korang semua pasal info ni. Menurut artikel  majalah tersebut, lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya.


Orang perempuan pula perut buncit kerana kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau-gurau je okay. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak-agak orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu korang tahu.


Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut lelaki menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…


Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan dia...hehe


So sekarang kita tengok pula apa Khasiat Air Mani Untuk Wanita


Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.


Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal-awal perkahwinan je kot. Kalau dah beranak 3, mulalah kulit berlipat-lipat macam tayar. Kena la pandai jaga badan lepas kahwin, okay?


Antara khasiat lain sperma untuk wanita yang dinyatakan dalam majalah ni:

* Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.

* Mengurangkan jerawat.

* Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.



Fakta Mengenai Air Mani:

1. Air mani boleh menyebabkan alergik
Ada beberapa wanita yang alergi terhadap air mani. ini disebut hipersensitivitas plasma mani manusia (seminal plasma hypersensitivity). Gejala ini bergantung pada jumlah air mani yang masuk ke tubuh. Gejala seperti gatal, kemerahan, lepuh, bahkan kadang-kadang menyebabkan susah bernafas.


2. Air mani adalah sumber tenaga
Air mani telah dikaitkan dalam pengubatan Cina dan teori Chi Kung. Menurut teori Chi Kung, energi dari tubuh ditransfer ke organ seksual selama ghairah seksual. Teori ini menunjukkan setelah keluar air mani, energi tertentu dari tubuh manusia juga sedang dirembes. Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah setelah melepaskan sperma.


3. Rasa air mani berpunca dari makanan yang dimakan lelaki
Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa wanita menyukai rasa air mani tapi yang lain tidak demikian. Sebagai contoh, kafein dan daging merah membuat rasa air mani masam atau pahit.


4. Air mani sebagai ubat anti depresi (stress) wanita
Air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani.


5. Air mani adalah sejenis nutrisi
Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air mani mengandungi gizi yang tinggi. Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng.


6. Air mani tidak akan habis
Lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi.


Lepas tu dia ada terangkan sikit pasal Edah dan Air Mani

Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.


Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.


Itulah saja info yang aku dapat dari majalah ni. Tak sangka bagus juga majalah maskulin ni kan?