Pages

exercise di tempat kerja


lelaki, payudara, seksi, hot, mantap, tetek, payudara, tengok, subur, ghairah, visual, ingin, gebu, montok, gede, libido, bulu, awek, wanita, perempuan, exersice di tempat kerja


Assalamualaikum dan selamat pagi. Topik hari ini adalah exercise di tempat kerja. Mengapa kami tiba-tiba postkan tentang exercise di tempat kerja? Haa...ceritanya begini, last week kami pergi ke klinik untuk mendapatkan medical examination percuma sempena hari ibu. Antara service yang diberikan secara percuma adalah mammogram, ukur tinggi, berat badan, body mass index (BMI), kandungan gula dalam darah, kolesterol.

So test yang kami jalan kan adalah mammogram(lelaki tak perlu kot..hehe) , ukur tinggi, berat badan , body mass index (BMI), kandungan gula dalam darah dan kolesterol. Sebelum kami lupa, nurse yang kami jumpa ada memberitahu kami bahawa angka BMI telah di ubah oleh kementerian kesihatan. Kalau dahulu 20-25 adalah normal. Sekarang BMI telah diubah kepada 20-23 sahaja. Cara nak kira BMI adalah mudah. Kami sudah lampirkan rumus untuk mengira BMI. Jadi jika anda dalam lingkungan 20-23, anda adalah normal




Kami menjalankan test serentak kerana test ini adalah mudah. Tak sampai 10 minit pun dah settle semua test. Nilai untuk test Kolesterol dan kandungan gula di dalam badan adalah seperti berikut:


normal = 5 (bagus)
tidak normal = 6 hingga 9 (perlu berjaga-jaga)
bahaya = lebih dari 10 (teruk)


Dapat je result daripada test, masing-masing buat muka terkejut! Apa yang kami dapat tidak menggembirakan kami. Sebenarnya kami dah agak dapat result macam tu sebab tak mengamalkan gaya hidup sihat. 

Apa yang kami dapat adalah kolesterol = 7 dan gula dalam darah = 7, so kami tidak normal! Lepas test di klinik, kami bercadang hendak pergi bersenam...sampai sekarang la hasrat tu tetap jadi hasrat! Hahahaha..

Kami baru faham mengapa ramai golongan belia macam kami mudah mendapat penyakit. Ini adalah kerana:
GOLONGAN BELIA TAK ADA MASA BERSENAM dan 
SEMUA MASA DIKHASKAN UNTUK FACEBOOK!


Jadi kami buat post ini intuk membantu korang semua.  Dibawah ini ada video yang kami ambil dari Menteri Besar Youtube. Pergerakan nya sangat simple, duduk atas kerusi pun dah boleh buat. Jom saksikan...






Kami juga faham bahawa ada sesetengah company yang block webpage Youtube.(Takut korang tak buat kerja dan tengok drama sepanjang hari). Jadi kami sertakan beberapa gambar mudah untuk tatapan korang..










Jika anda rajin dan mempunyai masa terluang di rumah, kami juga selitkan senaman ringkas untuk dirumah.







Selamat bersenam, amalkan gaya hidup sihat, beringat sebelum terlambat..bubye..