Pages

Panda tonton filem XXXXX


panda, intim, seks, hubungan, kelamin, XXX, yongyong, ke lin
Pasangan beruang Yongyong dan Ke Lin  menonton filem tentang sepasang panda yang tengah kawin, untuk mendorong mereka melakukan hal yang sama. Sejauh ini usaha pembiakan panda di sangkar belum memuaskan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca setia kami. Topik hari ini adalah berkenaan masalah pembiakan panda. Ada seekor panda di china yang tak mahu melakukan XXXX. Pusat pembiakan di sana sangat bimbang kerana panda merupakan spesis yang semakin terancam dengan kepupusan. Justeru mereka mahu panda membiak sekiranya peluang tiba. Mari kita lihat berita panda ni..

BEIJING-Bagaimana cara meningkatkan ghairah intim pasangan panda yang tak mahu berhubungan ####? Jawapannya, putarkan video "XXXX".

Sepasang panda Ke Lin dan Yongyong sudah cukup lama bersama di pusat pembiakan panda di Chengdu, Wilayah Sichuan, China. Namun, kedua-duanya tak mahu "bergabung".

"Setiap kali Yongyong berada di atas Ke Lin, terus dia mengelak dari posisi sebegitu. Kami khuatir Yongyong akan melewatkan masa subur tiga harinya," kata jurucakap pusat pembiakan.

Akhirnya, untuk membuat kedua-dua panda itu "memahami" apa yang harus mereka lakukan, para doktor memutuskan mereka harus diberi pendidikan ####.

"Lalu kami putar video sepasang panda yang tengah kawin. Ke Lin kelihatan menyukai filem itu. Setelah menonton, mereka langsung mempraktikkan apa yang sudah ditonton," tambah si juru bicara.

"Di hutan liar, Ke Lin boleh bertemu banyak panda lain untuk kawin. Namun, di sini tidak seperti itu. Maka dari itu, kami membantunya," lanjut si jurucakap.

Angka kejayaan menmbiakkan panda di sangkar adalah sangat rendah. Hanya segelintir penternak binatang di luar China yang berjaya membiakkan panda didalam sangkar.

Masa subur panda betina sangat singkat. Selain itu, panda betina juga sangat selektif memilih pasangannya.

Pembiakan panda di sangkar sangat penting untuk menyelamatkan panda dari kepupusan setelah habitatnya di alam liar China dan sebahagian Asia Tenggara semakin pupus.



Haaaaa....menarik kan? Itu kalau panda yang tak nak XXXX...Kalau suami isteri yang taknak XXXX, macam mana pula? Fikirkan..adakah kita perlu buat yang sama seperti panda? Huhuhu
* Sumber kompas.com