Pages
▼
Dividen KPF 2013 dan Durian Runtuh Aidilfitri
Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca setia. Hari ini meriah kawasan felda dengan jeritan kegembiraan mereka! Mana tak nya, dalam surat khabar hari ini dan di dalam internet mengumumkan durian runtuh RM1000 kepada setiap peneroka felda beserta dividen akhir Felda Global Venture, FGV sebanyak RM400-RM500 untuk setiap peneroka. Ditambah pula dengan dividen kpf 2013 sebanyak 16.5% yang kami telah postkan 2 minggu lepas.
Ini adalah berita yang kami petik dari harian metro hari ini, 24 Julai 2013 berkenaan pengumuman durian runtuh sempena musim raya aidilfitri buat peneroka felda.
"Kira-kira 130,00 peneroka FELDA akan menerima tiga durian runtuh menjelang Aidilfitri ini.
Selain duit raya, mereka turut menerima dividen akhir FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan dividen Koperasi Permodalan FELDA (KPF).
Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata ketiga-tiga durian runtuh itu akan diagihkan kepada peneroka sebelum Aidilfitri untuk belanja persiapan hari raya.
"Durian runtuh pertama ialah duit raya yang memang menjadi amalan FELDA, jumlahnya diputuskan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sebanyak RM1000 untuk setiap peneroka.
"Kedua, kita akan membayar dividen akhir FGV yang dijangka dalam pertengahan bulan ini. Untuk ini, peneroka akan mendapat dua dividen iaitu berdasarkan jumlah saham yang mereka miliki dan 20 peratus saham yang dipegang mereka dalam tabung amanah.
"Bagi dividen tabung amanah, semua akan dapat sama rata yang dianggarkan berjumlah RM400 hingga RM500 setiap peneroka."
Jadi apa yang kami harapkan kepada semua warga felda adalah berjimat cermat, jangan membazir membeli barang-barang yang tidak perlu semasa bulan puasa, lagi-lagi di penghujung puasa ini. Okay..bubye..
P/S: Duit yang mak ayah dapat tu simpan balik dalam KPF taw! Jangan belanja buat beli microwave pulak.