DIVIDEN KPF 16.5%-SIAPA NAK?!!


Dividen-16.5%-siapa-tak-nak-ASB-vs-Koperasi-Permodalan-Felda-KPF
Gambar hiasan dari internet


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ini kami hendak share tentang dividen 16.5% yang baru kami terima. Haa, mesti semua terbeliak mata apabila baca tajuk Dividen 16.5% ni kan? Mana tak nya, cuba kawan-kawan bandingkan dividen 16.5% ini dengan dividen yang diberi oleh ASB (amanah saham bumiputra). Seperti jauh panggang dari api ! Dividen ASB pada awal Februari tahun 2013 yang diwar-warkan dalam berita tak sampai pun 9%.

Jadi mari baca dari kami dividen Dividen 16.5%. Ini berita yang baru kami dengar semalam. Dividen 16.5% ini kami dapat dari Koperasi Permodalan Felda ( KPF ) . Ianya khas untuk anak-anak felda atau peneroka felda itu sendiri. 

Di bawah ini kami senaraikan dividen KPF sejak 1997-2012. Cuba bandingkan sendiri jika ada dividen ASB yang melebihi dividen KPF pada setiap tahun. Kami jamin tak ada! Kalau ada, mesti kami tak berani nak cakap besar dalam post ni..huhu


1997 - 10.00 %
1998 - 11.00 %
1999 - 14.00 %
2000 - 12.00 %
2001 - 12.50 %
2002 - 11.50 %
2003 - 14.50 %
2004 - 14.00 %
2005 - 14.00 %
2006 - 15.00 %
2007 - 16.50 %
2008- 12.50 %
2009- 14.00 %
2010- 15.00 %
2011 - 18.00 %
2012 - 15.00 %
2013 - 16.50 %
(diumumkan semalam-8 July 2013)



Dividen-16.5%-siapa-tak-nak-ASB-vs-Koperasi-Permodalan-Felda-KPF
 KPF di Kuala Lumpur


Dividen-16.5%-siapa-tak-nak-ASB-vs-Koperasi-Permodalan-Felda-KPF


Cuba bayangkan, jika kawan-kawan laburkan RM 10,000 didalam KPF, kawan-kawan boleh dapat dividen sebanyak RM1650!  Haa! Siapa nak bagi RM1650 senang-senang? Boleh la aim beli sofa atau katil bilik tidur atau smartphone idaman kawan-kawan.

Tetapi jika kawan-kawan laburkan RM 10,000  didalam ASB. Dividen yang kawan-kawan boleh dapat hanya RM900 sahaja. Nak beli apa dengan RM 900? Bayar duit rumah setiap bulan pun cukup-cukup makan sahaja.

Kami agak bertuah sebab dapat melabur di KPF walaupun agak lambat membuka akaun iaitu pada  tahun 2010 yang lepas disebabkan tidak mendapat maklumat awal mengenainya (walaupun kami anak dan menantu felda). Jadi dapatlah kami guna duit itu untuk aktiviti-aktiviti lain. Contoh aktiviti yang kami gunakan adalah seperti:

Yang kami dengar, orang yang banyak melabur di dalam KPF ini bukan peneroka dan penerokawati tetapi staf  felda itu sendiri sebab mereka lebih tahu tentang kelebihannya. Ini juga didorong oleh sebab peneroka felda yang tidak tahu tentang konsep pelaburan. Maklum sajalah semua mak ayah kita yang duduk di Felda ini bukan dari golongan bijak pandai. Jadi jika kita bercerita dan menerangkan konsep mudah seperti untung melabur ni pun susah mereka nak faham.

Tetapi itu cerita tentang mak ayah kita. Bukan cerita tentang kita..Kawan-kawan jangan terkejut jika terjumpa anak-anak felda yang sekarang ini telah menjadi doktor. Ada juga yang menjadi Pilot, dan ada juga yang menjadi Manager- manager untuk syarikat besar. Kami juga boleh di kategorikan dalam golongan berjaya..sebab kami berdua menjadi pensyarah. Amin.

Alhamdulillah. Terima Kasih Mak, Ayah, Mama, dan Abah! 

Jadi marilah kita sama-sama membuat pelaburan di KPF, terutama sekali kepada semua warga Felda. Jika ada mak ayah kita yang masih tidak tahu mengenai KPF, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk educate mereka. Apa gunanya mereka hantar kita belajar sehingga menara gading jika kita tidak membalas budi mereka.

Owh sebelum kami terlupa, selamat berpuasa! Bubye..