Pages

AES pilih bulu?

AES-saman-kereta-polis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini kami mencari beberapa maklumat tentang AES. Mengapa tiba-tiba sahaja kami cari maklumat tentang AES ini? Haaa sebabnya adalah kerana cuti raya haji..

Semua pasti maklum apabila menjelang musim cuti perayaan:
  1. jalan raya pasti sesak dengan kenderaan (perkara biasa musim cuti)
  2. kemalangan berlaku di merata tempat (moga kita di elakkan dari musibah)
  3. silap haribulan, saman ekor atau saman AES akan sampai ke rumah..huhu
Kami pun tidak terkecuali dari perkara-perkara di atas, jadi kami mencari maklumat dan membuat persediaan lebih awal dari segi mental, emosi, fizikal. Boleh dikira apa sahaja yang boleh disediakan, kami sediakan. Bak kata pepatah "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN"

Kami ingin berkongsi 3 entri pada hari ini. Entri yang pertama semestinya entri yang anda semua baca ini. Iaitu tentang AES pilih bulu?
  1. AES pilih bulu?
  2. Aplikasi Percuma Untuk Kesan Kamera AES 
  3. Lokasi AES (speed trap) di seluruh negara 


Amboi panjang pula introduction entri ni. Berbalik kepada cerita kita, sewaktu mencari maklumat dalam alam maya tadi, kami terjumpa tentang satu entri dari MPP online. Cuba anda lihat imej yang dipaparkan di bawah ini. Apa yang anda faham?.

raya-kad-AES-saman-kereta-polis

Imej ini adalah imej kereta peronda polis yang di tangkap oleh kamera AES dan sehelai saman kepada kereta peronda terbabit kerana memandu laju dari speed limit yang ditetapkan. 

Bukan setakat kenderaan rakyat Malaysia sahaja yang kena saman AES.., malah kereta Polis sendiri pun kena saman tauu… Ini membuktikan bahawa kamera AES tu memang ADIL dan TIDAK PILIH BULU.

Anda semua janganlah pula persoalkan samaada saman tersebut dibayar atau tidak.., apa yang penting adalah sistem AES tu dah buktikan sifat keadilan nya yang cukup berkesan..AES bukan saja dapat mendidik rakyat memandu dengan berkhemah.., AES jugak dapat mengelakkan diskriminasi diantara kenderaan Polis dan juga kenderaan rakyat biasa tauu..

Kami harapkan, selepas ini pihak JPJ dan Kementerian Pengangkutan dapat tunjukkan pula gambar kereta Menteri-Menteri dan VVIP yang berjaya ditangkap oleh kamera AES tu..

Bukannya apa.., ramai yang sedia maklum bahawa kereta-kereta para VVIP tu memang tak pernah patuhi undang-undang jalanraya..

Mentang-mentanglah ada ‘escort’.., berdesup je dorang tu atas highway dan jalan persekutuan.. Macamlah undang-undang tak laku langsung!!

So persoalannya sekarang.., berani ke JPJ dan Kementerian Pengangkutan?? Ke dah sama level dengan Menteri-Menteri yang jaga KDN tu? Sekadar pandangan…fikir-fikirkan..bubye.

SUMBER: MPP ONLINE


Entri menarik lain:
  1. AES pilih bulu?
  2. Aplikasi Percuma Untuk Kesan Kamera AES 
  3. Lokasi AES (speed trap) di seluruh negara