Izwan dan
Sumardi sedang berborak dan macam biasa kalau tak bertekak bukan Izwan dan
Sumardi ler tu…Kali ni Izwan mengatakan kepada Sumardi bahawa satu Malaysia
kenal dia.
Izwan: Siti Nurhaliza pun kenal aku …!
Sumardi: Tipulah.. cuba kau buktikan
Selesai konsert, Izwan dan Sumardi pergi ke
belakang stage jumpa Dato Siti Nurhaliza. Ternyata Dato Siti memang kenal
dengan Izwan…Siap main cubit-cubit lagi “Saya memang suka la lawak you tu Izwan…kira
saya peminat awak la nombor satu tau”
Sumardi terkesima tapi dia masih belum pasrah..
Sumardi: Ala tu kebetulan jer.. cuba ko cakap
lagi siapa orang terkenal yang kenal ko..
Kebetulan Tan Sri Syed Mokhtar lalu dan Izwan pun
menyapa ..”Tan Sri..! lama tak jumpa!”
Tan Sri Mokhtar: “Ohh Izwan, saya nak balik ni.
Jom la datang rumah, borak-borak minum kopi”
Izwan: Terima kasih Tan Sri, tapi hari saya bz
sikit…
Sumardi tercengang namun masih tidak puas hati..
Izwan: Hah! Lu tengok..kan aku dah cakap.
Sumardi: Ok izwan.. kalau lu memang terkenal satu
Malaysia, tentu Dato Sri Najib pun kenal!
Izwan: Ok jom kita tengok dia berucap kat stadium
tu..
Sumardi: Ok.. (takkan kenal kot..)
Selepas setengah jam menunggu, kemudian tepuk
tangan kedengaran gemuruh selepas Dato Sri Najib selesai berucap. Izwan tiba-tiba
meluru dan bersalam dengannya. Yang memeranjatkan Sumardi ialah Dato Sri pun berjabat
tangan tak lepas-lepas sambil main cucuk-cucuk pinggang lagi. Lepas tu sambil
letak kat bahu Izwan, mereka turun dari stage.
Lepas tu, Izwan pun mendapatkan Sumardi tapi dia
tengok Sumardi pengsan. Selepas membuat CPR…(buwek) Sumardi pun sedar.
Izwan: La.. pesal lu pengsan lak?
Sumardi: Diaorang kenal ko, satu hal izwan… yang
buat aku pengsan bila aku dengar penonton belakang aku berkata…
“EH SAPA TU YANG BERJALAN SEBELAH IZWAN TU….!”
P.S klau x phm baca sampai paham hahaha