Rakyat Keliru Logo Halal Malaysia yang Sebenar, Berkuat Kuasa Tahun 2003


Untuk rujukan rakyat Malaysia, inilah logo Halal Malaysia yang telah diseragamkan JAKIM dan berkuatkuasa pada tahun 2003.



Dapat juga dilihat akak kita yg comel di dalam gambar dibawah, menerangkan tentang logo Halal dan  yang TIDAK HALAL





Banyak company yang main copy paste logo Halal, pastu diorang print terus pada plastic packaging. Janji Halal kata diorang......

Jom kita tgk beberapa contoh:

Contoh 1



Ejaan yang tertera pada logo:




JARATAN KEMA HJAN ISLAM MALAYSIA
ISL AMC DEVELOPMANY DEPAKTMANT OF MALAYSIA







Sekali pandang memang cop halal tapi sebenarnya TIDAK!


Contoh 2:


Keratan akhbar Kosmo! bertarikh 11hb Mac 2010



So berbalik kepada kekeliruan yang dialami oleh rakyat Malaysia berkenaan BANYAK LOGO HALAL DIPASARAN, ini penerangan dari JAKIM.

JAKIM sebagai badan penyelaras pensijilan halal Malaysia telah memperkenalkan logo halal baru yang standard di seluruh Malaysia. Logo standard ini menjawab terhadap segala persoalan dan kekeliruan yang seringkali timbul oleh orang ramai memandang setiap jabatan agama Islam negeri-negeri mengeluarkan logo halal masing-masing yang mempunyai identiti tersendiri.



Logo baru ini hanya mengandungi perkataan halal dalam tulisan Arab-Jawi dan perkataan Malaysia dalam tulisan Rumi. Yang membezakan di antara logo-logo halal yang dikeluarkan hanya dapat dikenali berdasarkan kod nombor mengikut kod nombor kad pengenalan berdasarkan negeri-negeri yang digunapakai di Malaysia. Sebagai panduan kepada pengguna, logo baru yang keluarkan secara rasmi kepada premis pemohon ialah bewarna hitam pekat. Bagi memudahkan pihak pengeluar, mereka dibenarkan menggunakan warna-warna yang lain mengikut produk dihasilkan asalkan tidak sedikitpun merubah speksifikasi logo asal.

Dengan memperkenalkan logo baru ini pada 2003 lepas, maka secara langsung logo-logo lama yang masih beredar di pasaran seperti yang tercatat perkataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri-negeri dijangka akan dapat dihapuskan sehingga di penghujung tahun ini, 2004. Tujuan utama pengenalan logo ini ialah untuk penyelarasan, di samping itu strategi lain ialah untuk menghapuskan penggunaan logo halal palsu seperti BAHIES dan sebarang perlabelan halal yang tidak tidak disahkan oleh mana-mana pihak berautoriti Islam negara.


Berdasarkan penerangan tadi, hanya akan wujud SATU LOGO HALAL dipasaran selepas ini iaitu....