Kisah Cikgu Izwan





Izwan mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu 
“W.TAUFIK WWW”. Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Izwan : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Izwan : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Izwan, panjang sangat..”.

Cikgu Izwan : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Izwan menarik nafas panjang dan terdiam. Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Izwan kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid. Mata Cikgu Izwan tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Izwan menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Izwan melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Izwan : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Izwan : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Izwan :@$%&#^%?



P.S Laughter is the best medicine..y so seyes lor hehehe..peace ya all.hak hak.Cing!