Cerita orang gila



Ada doa orang sahabat , mereka ni sangat akrab.Sorang bernama Hanif dan yang sorang
tu bernama Tony . Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila .


Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah
tumpangan itu . Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Hanif berehat-rehat di
bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu .


Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam….apalagi
terkapai-kapailah dia meminta tolong . Sahabat yang setia , Si Hanif ni dengan pantas
cuba menyelamatkan Si Tony . Fuh , nasib baik tak lemas . Memandangkan Si Tony tu dah
basah kuyup dan kesejukan , Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan
sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka .


Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan . Kira pegawai ler
tu . Apabila melihat wajah Si Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! ! mula berkata , ” Saya ada dua
berita yang perlu saya beritahu awak.


Yang pertama ialah berita baik , awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat
membezakan antara kecemasan atau tidak . Tindakan awak menyelamatkan Si Tony
bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras . 

Namun saya juga ada berita buruk untuk awak , teman baik awak telah membunuh diri . Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.


Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab , Tidak tuan dia bukan membunuh
diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering”.