700 Anjing Umpama Anak


700 anjing
Puteri ada terbaca tadi, kisah pasangan suami isteri yang memelihara kira-kira 700 anjing dan 100 kucing. Malah menurut kata Md Azmi Ismail yang berusia 55 tahun, kesemua haiwan peliharaannya itu telah dianggap sebagai anak-anaknya dan dia ingin menjaga kesemuanya sampai ke akhir hayatnya.
Banyaknya! Kalau dicampurkan bilangan anjing dan kucing, 800 dah tu. Tertanya-tanya juga macam mana mereka menjaganya.  9 ‘anak-anak’ kat rumah puteri ni pun dah terasa terlebih meriah kadang-kadang. Tak menang tangan nak melayan kerenah mereka bila masing-masing buat hal. Tapi setiap antara mereka ibarat permata hati puteri. Betul kata dia..puteri dan kucing mana boleh dipisahkan..hehe
Ok berbalik pada cerita 700 anjing dan 100 kucing ni, menurut Md Azmi, ada pihak yang pernah menawarkan untuk membeli anjing peliharaannya namun dia terpaksa menolak kerana rasa sayangnya pada kesemua haiwan tersebut.
Malah walaupun dia dan isteri menerima padangan negatif dan cemuhan dari masyarakat sekeliling, dia tetap akan terus memelihara kesemua haiwan tersebut kerana simpati melihat nasib mereka yang seringkali terbiar di tepi jalan