|
GAMBAR menunjukkan seekor lembu dicuci dengan mesin berus
di sebuah ladang di Sweden.
|
STOCKHOLM - Sebuah syarikat di
Sweden mengeluarkan mesin yang membersihkan lembu mirip mencuci kenderaan,
lapor sebuah akhbar semalam.
Mesin itu boleh meningkatkan
penghasilan susu sehingga 3.5 peratus dan ia mampu memperbaiki pengedaran darah
dan menghentikan pembiakan penyakit pada haiwan ternakan.
Pengeluar mesin itu, DeLaval
menyatakan rekaan tersebut merupakan berita baik buat golongan penternak.
Sebanyak 30,000 unit mesin itu telah
dijual di Sweden dan kini mula meneroka pasaran United Kingdom.
"Berus yang berputar ini
merupakan alat membersih diri yang membuatkan lembu-pembu lebih gembira, sihat
dan produktif," kata seorang jurucakap syarikat berkenaan. - Agensi