Gambar sekadar Hiasan
Assalamualaikum dan sellamt petang kepada semua. Tadi kami ada berjalan-jalan di Datuk Yahoo...lepas tu kami ada terjumpa artikel ini..ianya tentang wanita, libido dan bulu..huhuhu. Ada orang cakap kalau banyak bulu, perempuan tu kuat libido (kena baca ni!)
*Semalam ada yang bertanya "libido tu apa?" Libido adalah kemahuan atau keinginan seks. (lupa pulak korang bukan belajar sains...hehe)
Wanita yang memiliki bulu berlebihan pada tubuh selalu dikait dengan libido yang tinggi. Sebenarnya, ia bukan selalu macam tu. Perkara pertama yang perlu ditanya oleh wanita yang berbulu lebat ini adalah, adakah keadaan itu berlaku sejak dia dilahirkan atau pada dia meningkat dewasa?
"Jika sejak lahir lagi bulunya sudah banyak, ini maksudnya keadaan itu bersifat genetik dan memang ada keturunan seperti itu. Tapi... jika bulu-bulu ni hanya muncul setelah dewasa dan ada pula masalah kegemukkan, ada kemungkinan ia berpunca daripada kegagalan tubuh membentuk hormon dengan sempurna,"
Bila keadaan tu berlaku, maka impaknya cukup banyak. Gangguan terhadap kitaran haid adalah satu daripadanya. Dan biasanya, gangguan haid ini mengakibatkan wanita berkenaan sukar mendapat anak. Tapi anda tak perlu risau kerana masalah itu masih boleh diatasi dan dirawat.
Rawatannya ada tetapi wanita itu haruslah diperiksa terlebih dahulu. Ini bagi mengenal pasti sama ada keadaan yang dihadapinya itu adalah kerana dia mengalami ketahanan insulin atau sebab lain.
Biasanya, wanita memilih untuk melakukan proses waxing bagi menanggalkan bulu-bulu berlebihan pada tubuhnya. Teknik itu tidak berbahaya namun kesannya hanyalah sementara kerana bulu akan tumbuh dan tumbuh lagi.
Langkah yang terbaik ialah mencari dulu puncanya. Misalnya, adakah ia diiringi dengan kemunculan jerawat atau tompok-tompok kecoklatan pada kulit. Sebaik-baiknya, wanita yang mempunyai masalah bulu lebat perlu berunding terlebih dahulu dengan doktor.
Pesakit boleh berjumpa doktor ultrasound atau buat pemeriksaan darah. Tempoh masa rawatan pula bergantung kepada penyebabnya. Biasanya rawatan mengambil masa antara 6 bulan hingga setahun. Rawatan bergantung kepada hasil pemeriksaan. Adakah hirsutisme itu bersifat patologi atau tidak? Bulu tumbuh di bahagian mana? Dan membentuk corak yang bagaimana?.
Kebiasaannya bulu kemaluan wanita membentuk seperti seluar dalam. Namun jika bulu kemaluannya membentuk seperti seluar dalam terbalik dan dadanya ditumbuhi bulu, itu termasuk dalam corak seseorang lelaki. Jika hanya berbulu lebat namun coraknya masih keperempuanan, tidak mengapa. Jika seseorang wanita berbulu ketiak lebat tapi dadanya tak berbulu, pun tiada masalah.
Yang menjadi masalah ialah apabila bulu ketiaknya lebat, mempunyai bulu dada, dan corak bulu kemaluannya membentuk seperti seluar dalam terbalik lelaki.
Maka benarkah wanita berbulu lebat cenderung mempunyai libido tinggi? Pertumbuhan bulu secara berlebihan TAK MENINGKATKAN LIBIDO.
Haaa...harap korang semua faham serba sedikit tentang libido, perempuan dan bulu lebat k..bubye..
Other related Article: