Bloglist Infoaday Dilancarkan

attention-perhatian-Bloglist-Infoaday-Dilancarkan-bloglist-senyum-senyum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia. Kami bakal melancarkan senarai bloglist Infoaday tidak lama lagi. Bagi mereka yang tidak tahu apa itu bloglist, kami ada sertakan contoh Bloglist dari Kak Diana (pengomen tegar infoaday) iaitu bloglist senyum-senyum.

Kalau dahulu, kami tak berminat hendak membuat bloglist sebab kami tak mahu page ini menjadi crowded. Tetapi itu adalah suatu masa dahulu. Sekarang ini sebab hendak memudahkan kami mengetahui update-update terkini para bloggers, baru kami buat keputusan untuk berbuat demikian.

Jadi, sekarang ini kami sedang mengumpulkan senarai blog yang ingin dimasukkan ke dalam senarai bloglist Infoaday. Kepada kawan-kawan/sesiapa sahaja yang berhasrat untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist Infoaday, bolehlah tinggalkan URL blog anda di ruangan komen dan akan dimasukkan kedalam senarai bloglist kami nanti.

Ianya TANPA SYARAT. Sesiapa sahaja boleh tinggalkan URL link.

Tetapi adalah lebih baik jika kawan-kawan juga memasukkan blog Infoaday ke senarai bloglist anda. Barulah orang kata fair and square..betul tak? Bagi mereka yang tidak mempunyai bloglist, caranya mudah sahaja, cuma add kami di Google+ atau join blog kami menggunakan Google Friend Connect yang kami letak di sebelah atas blog kami.

So, marilah join senarai bloglist saya.. :)

attention-perhatian-Bloglist-Infoaday-Dilancarkan-bloglist-senyum-senyum