#LAWAK Perempuan Cantik vs Perempuan Tak Cantik



“Kalau perempuan cantik pendiam , Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman…
“kalau perempuan tak cantik pendiam , Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul…

“kalau perempuan cantik berbuat jahat , Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih…kesian
“kalau perempuan tak cantik berbuat jahat , Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh…

“kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu , Lelaki akan cakap: heroin sejati…!
” kalau perempuan tak cantik menolong Lelaki yang diganggu , Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu…

“kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem , Lelaki akan kata: ok gak la….
” kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem , Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

“kalau perempuan cantik ditinggal kekasih . Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu….
“kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih , Lelaki akan kata:…patut pun kena reject…

” kalau perempuan cantik penyayang binatang , Lelaki akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
“kalau perempuan tak cantik penyayang binatang , Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

“kalau perempuan cantik bawa BMW , Lelaki akan cakap: ntah dato’ mana bela nih….
” kalau perempuan tak cantik bawa BMW ” Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih…..

“kalau perempuan cantik tak mau bergambar , Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
” kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar , Lelaki akan kata: sedar pun diri…

” kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki , Lelaki akan cakap: caring sungguh….
” kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki , Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu….

“kalau perempuan cantik bersedih hati , Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
“kalau perempuan tak cantik bersedih hati ,Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2…

“kalau perempuan cantik masak , Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu…
“kalau perempuan tak cantik masak , Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

“kalau perempuan cantik main2 miss call , Lelaki akan kata: takpe…
” kalau perempuan tak cantik main2 miss call , Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke… sibuk ni tau..

” kalau perempuan cantik hantar2 email , Lelaki akan kata: sukenya….
“kalau perempuan tak cantik hantar2 email , Lelaki akan cakap: balik2 email dia…boring