Petua tegangkan dada wanita

Petua-tegangkan-dada-wanita



Gambar hiasan awek berdada besar

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Tajuk kali ini kami rumuskan dari satu website bernama Awaksihatdotcom iaitu petua tegangkan dadaMemiliki buah dada/ payudara yang besar, cantik dan tegang menjadi idaman setiap wanita (FAKTA). Kalau tidak, masakan di dalam pasaran terdapat pelbagai produk kecantikan yang khusus untuk mencantik dan membesarkan dada wanita.

Jadi, bagaimana untuk menegangkan payudara? Kalau setakat payudara besar tapi tidak tegang memang tidak menawan. Mungkin petua orang lama dibawah boleh diamalkan bagi mendapat payudara wanita tegang.


Petua Payudara Tegang 1:
Petua-tegangkan-dada-wanita

Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau.
Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih.
Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.

Menurut orang tua yang memberikan petua ini, petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’.
Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.


Petua Payudara Tegang 2:
Petua-tegangkan-dada-wanita

Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik.
Ramas labu tersebut ketika masih suam.
Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit.
Lakukan 2 kali seminggu.


Petua Payudara Tegang 3:
Petua-tegangkan-dada-wanita

Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman.

Buat 3 kali seminggu.

Petua Payudara Tegang 4:
Petua-tegangkan-dada-wanita

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Sumber: awaksihatdotcom