Model cetus kontroversi



Assalamualaikum dan selamat pagi. Ada tak sesiapa yang pernah dengar tentang model berumur 10 tahun ni?

Namanya Thylane Lena-Rose Blondeau. Baru berumur 10 tahun. Tetapi gaya yang dia adalah seperti model berumur 30 tahun! Tengok saja gaya yang ditunjukkan dalam setiap gambar ni. 

Nama dia semakin menjadi sebutan dalam arena fesyen telah menimbulkan kontroversi kerana dia memaparkan gaya tarikan seksual seperti individu berusia tiga kali ganda umurnya. (kau bayangkan la...umur 10 tahun kau buat apa??)




Thylane telah muncul dalam pelbagai kempen dan imejnya tersebar luas di Internet. Kejelitaan wajah kanak-kanak dari Perancis itu pernah menghiasi muka depan majalah Vogue Enfants dalam edisi khas. (memang cantik pun)

Dia dilahirkan di Ivory Coast, dan dia adalah anak pasangan pemain bola sepak pasukan Perancis, Patrick Blondeau dan pelakon VĂ©ronika Loubry. (anak orang kaya dan ternama)

Dr. Emma Gray (perunding psikologi) menyatakan bahawa gambar itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan didedahkan dalam dunia orang dewasa. (parent dia dedahkan dengan majalah dari kecil kot)



Perunding psikologi tu cakap lagi, sebelum kanak-kanak didedahkan dengan dunia seperti itu, orang dewasa perlu mencipta suasana yang memberikan golongan tersebut masa dan ruang selain memupuk perkembangan fizikal serta psikologi.


Fulamak! Matang betul gaya yang ditonjolkan oleh budak ni. Padahal baru 10 tahun. Waktu umur 10 tahun dulu, aku tengah main guli lagi dengan kawan-kawan sekolah. Kalau yang perempuan main batu seremban atau main masak-masak betul tak? Bagusnya parent dia didik anak dari kecil untuk cari rezeki. (tetiba rasa nak didik anak jadi pro-footballer la pulak) Bubye..