PARAS kolesterol sepatutnya
diperiksa sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun bagi setiap orang
yang berusia 20 tahun ke atas.
Ujian saringan yang biasanya
dilakukan ialah ujian darah yang dipanggil profil lipoprotein.
Para pakar menyarankan bahawa lelaki
berusia 35 tahun dan ke atas manakala wanita 45 tahun dan ke atas harus
menjalani saringan bagi masalah lipid.
Ujian profil lipoprotein ini
termasuk mengukur:
LDL (kolesterol lipoprotein densiti rendah juga dikenali sebagai
kolesterol 'jahat')
lHDL (kolesterol lipoprotein densiti
tinggi juga dikenali sebagai kolestrol 'baik').
Triglycerides (lemak yang ada dalam darah daripada makanan yang kita
makan. Lebihan kalori, alkohol atau gula dalam badan juga ditukar kepada triglycerides dan disimpan dalam sel-sel lemak di
seluruh badan)
Semua keputusan ujian darah ini
diukur dalam bentuk nombor.
Di bawah adalah bagaimana kita
menafsirkan jumlah kolestrol.
Kolesterol
LDL
Kolesterol LDL boleh terkumpul pada
dinding pembuluh darah dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung. Sebab
itu kolesterol LDL dirujuk sebagai kolesterol 'jahat'. Lebih rendah kolesterol
LDL adalah lebih baik untuk kesihatan.
Kurang 100 optimum (kedudukan paling baik)
100 - 129 hampir optimum/atas optimum
130 - 159 garis sempadan tinggi
160 - 189 tinggi
190 dan ke atas - sangat tinggi
Jika anda mempunyai penyakit jantung
atau berkaitan pembuluh darah, sesetengah pakar akan menyarankan agar paras
kolesterol anda di bawah 70.
Bagi mereka yang menghidap diabetes
atau pelbagai faktor risiko serangan jantung matlamat rawatan ialah mencapai
LDL kurang daripada 100.
Kolesterol
HDL
Bagi kolesterol baik, HDL - lebih
tinggi nombornya, lebih baik kesihatan anda. Ini kerana kolesterol HDL
melindungi daripada serangan penyakit jantung dengan cara mengeluarkan
kolesterol jahat dari dalam darah dan mengelakkan daripada berkumpul di
pembuluh darah.
60 dan ke atas - tinggi: Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kurang daripada 40 bagi lelaki dan kurang bagi 50 bagi wanita - rendah:
Dianggap satu risiko bagi penyakit jantung.
Jumlah
keseluruhan kolesterol
Jumlah keseluruhan kolesterol diukur
daripada kolesterol LDL, kolesterol HDL dan komponen lipid lain. Doktor
menyarankan paras kolesterol mesti di bawah 200.
Jumlah
kolesterol
Kurang daripada 200 amat baik
200 - 239 garis sempadan tinggi
240 dan ke atas - tinggi