Pages

BAKI DIVIDEN KPF 16.5%-DAH BOLEH DAPAT?!!


Baki-Dividen-16.5%-bila-boleh-dapat-bila-boleh-ambil-ASB-vs-Koperasi-Permodalan-Felda-KPF-dividen-kpf-2013-16.5%-Felda-Global-Venture-FGV
Gambar hiasan dari internet


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ini kami hendak share tentang baki dividen dari 16.5% 2013 yang baru kami terima beritanya. Haa, mesti semua terbeliak mata lagi sekali apabila baca tajuk Baki Dividen 16.5% ni kan? 

Jika pada entri yang lepas, kami telah warwarkan pada anda semua tentang dividen 10% KPF, jadi hari ini pula berkenaan dengan bakinya iaitu 6.5%. Jadi mari baca tentang Baki Dividen 16.5%. Ini berita yang baru kami dengar semalam iaitu dari ayah dan mak kami sendiri. Baki dividen 6.5% sudah boleh diambil pada 3 October 2013. Jadi kepada mereka yang baru tahu tentang durian runtuh sempena raya haji ini, silalah "mengutip" hasil pelaburan anda di pejabat felda terdekat.

Bagi yang masih belum tahu kebaikan melabur di dalam KPF ini, kami akan cuba menerangkan serba sedikit keuntungan melabur didalam KPF berbanding ASB. Dalam entri lepas juga kami ada senaraikan dividen ASB dari tahun 1997-2013.

Cuba anda bayangkan, jika kawan-kawan laburkan RM 10,000  didalam ASB. Dividen yang kawan-kawan boleh dapat hanya RM900 sahaja. Mengapa?? kerana selalunya dividen ASB hanyalah sebanyak 9% per annum. Jadi keuntungan 9% dari RM10,000 adalah RM RM900 sahaja, Apa yang anda hendak beli dengan RM 900? Bayar duit rumah setiap bulan pun cukup-cukup makan sahaja.

Tetapi berbeza pula jika kawan-kawan laburkan RM 10,000 didalam KPF, kawan-kawan boleh dapat dividen sebanyak RM1650! Macam mana dapat RM 1650? Mudah sahaja pengiraannya, 16.5/100 x RM10,000..Jadi dapat lah keuntungan RM1650. Haa! Siapa nak bagi RM1650 senang-senang? Boleh la aim untuk makan besar, vacation dengan family dan apa sahaja idaman kawan-kawan. 

Itu baru pengiraan untuk yang melabur RM10,000. Belum kira lagi yang melabur jumlah maksimum RM250,000 di dalam KPF. Anda kira lah sendiri!! Rasanya dividen yang mungkin diperolehi adalah sebanyak RM40,000++ setahun!! Kalau dapat RM40,000, tak payah kerja lah..hahahaha 

Kami agak bertuah sebab dapat melabur di KPF walaupun agak lambat membuka akaun iaitu pada  tahun 2010 yang lepas disebabkan tidak mendapat maklumat awal mengenainya (walaupun kami anak dan menantu felda). Jadi dapatlah kami guna duit itu untuk aktiviti-aktiviti lain. Contoh aktiviti yang kami gunakan adalah seperti:

Yang kami dengar, orang yang banyak melabur di dalam KPF ini BUKAN peneroka dan penerokawati tetapi staf  felda itu sendiri sebab mereka lebih tahu tentang kelebihannya. Ini juga didorong oleh sebab peneroka felda yang tidak tahu tentang konsep pelaburan. Maklum sajalah semua mak ayah kita yang duduk di Felda ini bukan dari golongan bijak pandai. Jadi jika kita bercerita dan menerangkan konsep mudah seperti untung melabur ni pun susah mereka nak faham.

Tetapi itu cerita tentang mak ayah kita. Bukan cerita tentang kita..Kawan-kawan jangan terkejut jika terjumpa anak-anak felda yang sekarang ini telah menjadi doktor. Ada juga yang menjadi Pilot, dan ada juga yang menjadi Manager- manager untuk syarikat besar. Kami juga boleh di kategorikan dalam golongan berjaya..sebab kami berdua menjadi pensyarah. Amin.

Alhamdulillah. Terima Kasih Mak, Ayah, Mama, dan Abah! 

Jadi marilah kita sama-sama membuat pelaburan di KPF, terutama sekali kepada semua warga Felda. Jika ada mak ayah kita yang masih tidak tahu mengenai KPF, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk educate mereka. Apa gunanya mereka hantar kita belajar sehingga menara gading jika kita tidak membalas budi mereka.

Owh sebelum kami terlupa, selamat menyambut Raya Haji! Bubye..