TAWARAN awam permulaan (IPO) FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd dijadualkan pada 10 Mei ini dijangka mendapat sambutan daripada pelabur dalam dan luar negara susulan tarikh berkenaan adalah dalam fasa peningkatan pasaran.
Penganalisis berkata, meskipun keadaan pasaran semasa agak tidak menentu ekoran krisis Eropah, namun begitu ia dijangka mula mencatatkan peningkatan menjelang akhir suku kedua tahun ini selepas langkah membendung krisis di Eropah semakin jelas dan menampakkan kesan.Ketua Urus Niaga Jupiter Securities Sdn Bhd, Nazarry Rosli, berkata kemasukan syarikat perladangan itu ke dalam Bursa Malaysia akan menyuntik kesegaran baru kepada pasaran saham tempatan secara keseluruhannya tahun ini.
“Kami menjangkakan pasaran mengalami pantulan daripada penurunan pada separuh pertama khususnya dengan perkembangan luar seperti yang berlaku di Eropah, ia diunjurkan kembali meningkat pada separuh kedua.
“Penyertaan FGVH ke dalam pasaran saham tempatan akan menyumbang lagi kepada sentimen positif sedemikian. Pasaran mahu melihat banyak berita atau perkembangan positif daripada April hingga Jun,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
FGVH dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Mei itu juga akan menjadi IPO terbesar di Malaysia sehingga kini dalam tahun ini.
Penyenaraian syarikat itu dijangka membolehkan permodalan pasarannya mencecah RM21 bilion daripada hanya RM3 bilion sekarang.
Penyenaraian cabang komersial FELDA itu akan membentuk antara syarikat perladangan senaraian awam terbesar di Malaysia dan industri perladangan global.
Berdasarkan perangkaan semasa Bursa Malaysia, FGVH dijangka menyertai antara 15 syarikat senaraian awam terbesar dari segi permodalan pasaran yang didahului Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Sime Darby Bhd, masing-masing dengan permodalan pasaran RM64.9 bilion dan RM57.7 bilion.
Ia juga dijangka menjadi calon untuk disenaraikan sebagai komponen indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI).
Nazarry berkata, penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia akan memberi manfaat yang menyeluruh kepada semua peserta pasaran saham tempatan.
Secara khusus, beliau berkata kemasukan syarikat yang bersaiz besar seperti FGVH akan merangsang minat pasaran dan membuka mata pelabur asing untuk melihat pasaran tempatan.
“Penyertaan entiti baru seperti FGVH akan menyumbang kepada kenaikan jumlah dagangan. Kerancakan pasaran adalah sesuatu yang penting kerana ia boleh menarik minat pelabur yang sebelum ini menjauhi pasaran.
“Peserta pasaran saham tempatan pula akan mempunyai satu lagi pelantar pelaburan yang menarik dengan pembabitan kaunter baru seperti FGVH,” katanya.
Selepas disenaraikan, Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dianggotai oleh kakitangan dan peneroka tanah rancangan FELDA akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar dalam FGVH dengan 37 peratus kepentingan.
Pelabur institusi termasuk Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Nasional Bhd juga akan memiliki kepentingan masing-masing dalam syarikat itu selepas penyenaraian.
FGVH dijangka menghantar semua maklumat yang diperlukan bagi tujuan penyenaraian itu untuk dinilai oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada minggu depan.