Harga Rumah RM25,000 & RM40,000 Untuk Warga Felda.


Rumah FELDA Harga Rumah RM25,000 & RM40,000 Untuk Warga Felda.
Sebelum itu FELDA ada rancangan untuk membina rumah yang berharga RM70,000 sehingga RM80,000 seunit. Tapi melihatkan tidak semua golongan genarasi baru yang mampu membeli dan memilki rumah yang ditawarkan FELDA sejumlah 20,000 unit pada harga sebegitu rupa, Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWSF) tampil dengan cadangan lain….
Iaitu dengan membina rumah untuk generasi baru FELDA pada harga RM25,000 & RM40,000. Ini kerana rata-rata generasi baru FELDA hanya berpendapatan antara RM1,000 hingga RM1,500.
Realitinya, ya…..memang benar tdak semua warga FELDA yang mampu membeli pada harga RM70,000 hingga RM8,000. Yang sesuai? Harga rumah RM25,000 seperti mana yang dirancang oleh (GWSF)
Sebagai contohnya, tanah felda itu masuk dalam tanah berkelompok yang mana ada undang-undang khas untuk itu. Jikalau peneroka asal telah meninggal dunia tanah itu cuma boleh wariskan pada dua orang sahaja maksimum. Kalau dahulu lagilah hanya seorang sahaja dibenarkan
Bagaimana jikalau peneroka ada 2,4,5 dan 6 orang anak? Kalau 10? Sekarang ini pun, ada ladang sudah diberikan kepada FELDA uruskan. Sebulan FELDA akan berikan antara seribu ke dua ribu ringgit berdasarkan harga kepala sawit. Kalau anak banyak, bagaimana mungkin mereka boleh menikmati sama hasil ladang tersebut?
Tetapi anak-anak FELDA masih ada lagi “yang bersarang” di FELDA. Bukan semua orang dikurniakan akal fikiran yang bijak pandai untuk berjaya dalam akademik untuk mendapatkan kerja yang bagus. Yang selebih itulah, perlu keluar ke bandar mencari pekerjaan termasuklah di kilang dan macam-macam lagi. Apatah lagi di FELDA pastinya tidak ada peluang kerja yang banyak untuk mereka.
Itulah sebabnya FELDA mengambil inisiatif membuat rumah untuk golongan seperti ini di FELDA. Tetapi jikalau pendapatan tidak seberapa setiap bulan, masakan boleh mereka membayar pinjaman yang bernilai puluhan ribu?
Itu sebablah datangnya idea rumah bernilai sekitar RM25,000 ini.
P/S : Yang untung paling besar pastinya FELDA dan juga Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWSF) apabila dapat memilki tanah peneroka.