KRISTINA SVECHINSKAYA
Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada semua, pada hari ini aku akan postkan entri yang menarik mata aku dari sebuah akhbar online..huhu. Ini adalah cerita tentang seorang hacker(penggodam). Jom kenali siapa dia!
Seorang pelajar berusia 22 tahun dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta). (kau bayangkan! bukan sikit dia godam, jutaan tu!)
Seorang pelajar berusia 22 tahun dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta). (kau bayangkan! bukan sikit dia godam, jutaan tu!)
Dia dituduh menggunakan pasport palsu untuk membuka banyak akaun bagi tujuan memasukkan wang yang dicuri daripada pelanggan-pelanggan bank. Polis percaya, Svechinskaya direkrut untuk menjadi penggubah wang haram oleh satu kumpulan penjenayah berteknologi tinggi. (cantik, bijak, tapi tak tahu menilai baik dan buruk)
Kumpulan penjenayah itu menggunakan virus Zeus Trojan untuk menggodam akaun-akaun bank sebelum mencuri nombor akaun, nama pengguna dan kata laluan. (haa semua orang pergi install anti-virus yang boleh detect and kill Zues trojan ni cepat!)
Dia merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang dituduh bersubahat dengan kumpulan penjenayah terbabit setelah para penyiasat menahan 37 suspek dari Eropah Timur. Wang yang dicuri itu dimasukkan ke dalam bank akaun palsu di Amerika Syarikat (AS) oleh individu seperti Svechinskaya yang dikatakan menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada keuntungan tersebut.
Svechinskaya dituduh membuka sekurang-kurangnya lima akaun dengan menggunakan nama sendiri dan nama samaran seperti Anastasia Opokina serta Svetlana Makarova. Dia berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun atas tuduhan konspirasi menipu bank dan menyalahgunakan pasport.
Tamat sudah cerita yang aku rasa menarik ni...hehe. Dah la canti, seksi, bijak..yang slack nye cuma tiada pengalaman dan tak reti menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Cuba tengok macam aku ni, hensem (saja nak angkat bakul sendiri), kerja pun okay, cuma tah tahu hacking aje (sebab budak sains tak diajar programme guna C++). Kalau aku tahu macam mana nak guna C++, tak la blog aku haru biru macam ni. Lepas tu mesti follower pun dah banyak..ahaks! So, apa pula pendapat korang semua?
* Sumber metro