Adakah
kopi baik atau buruk untuk kesihatan? Hakikatnya ia terpulang kepada pilihan
kita.
Menambah
tenaga
Kopi
dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada
ngantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai
perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh
darah dan jantung. Sebab itu tidak hairan setiap kali kita minum kopi dalam
jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir
lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.
Ubat
sakit kepala
Kafein
sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana
kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga
pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala
berkurangan
Mengurangkan
lemak
Lebih menarik, kafein
dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk
kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh
normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga,
sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk rasa lapar
berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih
banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.