OPK berguna bagi yang mahu zuriat atau mengelak zuriat
Hari yang paling subur bagi seorang wanita atau disebut hari ovulasi ialah hari di mana telur (ovum) dari ovari telah sedia untuk disenyawakan oleh sperma. Oleh kerana ovum yang terpisah dari ovari tidak boleh hidup lama, maka bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat, bolehlah berjima’ bersama suami pada ketika itu. Dan bagi mereka yang mahu merancang dengan cara selamat, elakkan berjima’ bersama suami pada hari itu.
Hari kesuburan berlangsung satu hari dan kadang kala berpanjangan selama tiga hari. Ianya berlainan antara satu wanita dengan wanita yang lain. Namun tidak lebih dari tiga hari.
Ada beberapa cara untuk menentukan kesuburan wanita. Dengan teknologi moden, para saintis telah mencipta Ovulation Prediction Kits (OPK). Alat ini membantu seseorang wanita untuk mengesan hari ovulasi dengan tepat (99.6%). Namun harus diingat proses persenyawaan bukan saja melibatkan penentuan tarikh kesuburan itu, banyak perkara lain yang mempengaruhi kesuburan itu yang harus diambil kira.
Walau bagimanapun alat yang boleh dibeli melalui farmasi ini sangat membantu para isteri. Mungkin bagi pasangan yang tinggal bersama suami atau isteri tidak menjadi masalah.
Namun bagi mereka yang terpisah kerana menyambung pelajaran atau tuntutan tugas dan sesekali saja berjumpa, ia merupakan suatu kemudahan untuk mereka, sama ada merancang untuk mendapat zuriat atau merancang untuk melambatkan zuriat.
Bagaimana alat itu berfungsi?
Ovulation adalah saat kesuburan bagi seorang wanita di mana telur (ovum) telah sedia untuk disenyawakan, telah berpisah dari organ ovari.
Luteinizing Hormone (LH) adalah hormon yang berfungsi mengeluarkan ovum dari ovari. Pada hari itu kandungan LH berada dalam tahap tertinggi dan setelah dimetabolismakan keluar melalui air kencing.
Bagi kebanyakan wanita yang mempunyai kitaran haids 28 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 14. Jadi para isteri dinasihatkan untuk bersama suami jika mahu mendapatkan zuriat. Untuk lebih yakin, OPK membantu mengesan hari ovulasi ini dengan mengesannya melalui air kencing.
Namun bagi yang tidak mempunyai kitaran haids yang tetap, OPK amat membantu para isteri mengesan hari ovulasi. Mengesan hari ovulasi penting bagi mereka kerana bagi wanita yang mempunyai kitaran haids yang pendek, ovulasi boleh berlaku pada sehari selepas bersih dari pendarahan haid.
Oleh kerana OPK ini agak mahal, maka saya menasihatkan agar menggunakannya secara berhikmah.
Bilakah hari yang sesuai untuk melakukan ujian ini?
Pengiraan hari yang sesuai hendaklah dilakukan dulu. Pertama, kira panjang kitaran haids secara purata. Kitaran haids dikira bermula dari hari pertama pendarahan haids hingga hari terakhir sebelum darah darah haids bermula semula.
Kiraan secara purata berdasarkan pengiraan beberapa kitaran haids sebelum ini.
Selepas itu tolakkan 17 hari dari panjang kitaran haids. Sebagai contoh jika panjang kitaran haids ialah 28 hari, 28-17 ialah 11. Maka lakukan ujian pada hari ke 11. Teruskan selama enam hari berikutnya.
Ia akan memberikan keputusan yang diharapkan.
Jadual dibawah mungkin membantu.
Panjang Kitaran Haids
|
Hari untuk lakukan ujian
|
21 hari
|
Hari ke 4
|
22 hari
|
Hari ke 5
|
23 hari
|
Hari ke 6
|
24 hari
|
Hari ke 7
|
25 hari
|
Hari ke 8
|
26 hari
|
Hari ke 9
|
27 Hari
|
Hari ke 10
|
28 hari
|
Hari ke 11
|
29 hari
|
Hari ke 12
|
30 hari
|
Hari ke 13
|
31 hari
|
Hari ke 14
|
32 hari
|
Hari ke 15
|
33 hari
|
Hari ke 16
|
34 hari
|
Hari ke 17
|
35 hari
|
Hari ke 18
|
36 hari
|
Hari ke 19
|
37 hari
|
Hari ke 20
|
38 hari
|
Hari ke 21
|
39 hari
|
Hari ke 22
|
OPK berfungsi dengan mengesan luteinizing hormone (LH) ketika ia berada di paras tertinggi. Keadaan ini dinamakan sebagai LH surge.
Jika ujian OPK menjadi positif, biasanya 12 hingga 36 jam berikutnya telur akan dikeluarkan dan ovulasi dan tahap kesuburan adalah maksima. Proses persenyawaan di tahap terbaik pada ketika itu.
Cara menggunakan OPK
Para pengguna haruslah membaca arahan pada kertas yang dilampirkan di dalam kotak OPK. Cara terbaik untuk melakukan ujian ialah antara 2pm dan 2.30pm. Ini kerana LH pada hari itu telah sedia untuk diuji menggunakan air kencing pada waktu itu.
Jangan melakukan ujian itu sebaik saja bangun dari tidur kerana mungkin dia akan terlepas hari pertama. Cuba kurangkan air yang diminum dua jam sebelum ujian kerana ianya akan mencairkan air kencing, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk mengesan LH surge.
Jika ujian pertama gagal dan mahu lakukannya semula pada hari yang berlainan, ujilah pada waktu yang sama.
Masa reaksi untuk menunjukkan keputusan ujian itu selalunya lima minit. Ini bermakana seorang itu harus menunggu lima minit sebelum boleh melihat keputusannya.
- Collect urine specimen with cup.
- Remove the test strip from the seal pounch by tearing along the notch.
- Holding the test strip at the top at a vertical position with arrows pointing downward. Dip the strip into the urine specimen. Do not immerse the strip beyond the maxium immersion level. (Fig. 1)
- Leave the strip immerses for 30 seconds and then read the results. Do not interpret the result after 20 minutes, (Fig. 2)
Semua OPK mempunyai dua jalur C dan T, C bermakna control (kawalan) dan T bermakna Test (ujian). Jalur kawalan adalah untuk memastikan alat ini berfungsi atau tidak. Jalur ujian memberitahu sama apa ianya positif (mempunyai jalur) atau negatif (tidak mempunyai jalur).
Ujian ini menjadi positif (bermakna terdapat LH Surge) apabila terdapat jalur pada bahagian ujian yang sama terang dengan jalur terdapat di bahagian kawalan. Ujian ini menjadi negatif apabila jalur pada bahagian test tidak wujud atau jalurnya tidak terang.
Para pengguna selalu keliru apabila wujudnya jalur ujian tetapi tidak terang. Ianya dikira negatif kerana dalam badan seorang wanita itu tetap mempunyai hormon LH yang rendah. Ianya bukan LH surge di mana tahap LH berada di tahap tertinggi. Jika ianya berlaku, dinasihatkan agar mengulanginya semula esok selama enam hari atau sehingga OPK menunjukkan keputusan positif.
Kesan ubat penyubur pada OPK
Jika wanita itu menggunakan tablet Clomid (clomiphene citrate) untuk tujuan penyuburan, ia boleh memberikan keputusan false positive iaitu bacaan OPK akan menunjukkan positif padahal, tiada LH surge.
Dinasihatkan untuk menunggu 3 hari selepas tamat penggunaan ubat itu. Sebagai contoh, jika tablet Clomid diambil pada hari ke 3 hingga ke 7, maka ujian OPK haruslah dibuat pada hari ke 10.
Jika wanita itu menggunakan suntikan penyubur seperti Pergonal, Humegon atau Repronex, haruslah bertanyakan kepada doctor dahulu. Dibimbangi ia akan memberikan keputusan false positif juga kerana ianya mengandungi hormone campurnan LH dan FSH.
Bagi ubat suntikan penyubur seperti Gonal-F, Follistim dan Fertinex, ia mengandungi hormone FSH saja, jadi ia tidak menjejaskan ujian OPK itu.
Bagi wanita yang Allah s.w.t uji dengan kepayahan untuk hamil, saya nasihatkan agar puan-puan banyak bersabar. Lakukan banyak sedekah dan banyak berdoa.
Jika segala usaha telah puan lakukan, insya Allah puan akan diberikan yang terbaik, sama ada doa puan dimakbulkan Allah atau Allah memberikan puan sesuatu yang lebih baik di akhirat nanti.
Selalunya ia mengambil beberapa kitaran haids untuk puan-puan berusaha mengenalpasti waktu subur dan akhirnya hamil. Kebarangkalian untuk hamil bagi setiap kitaran haids bergantung kepada umur wanita itu.
Jika puan berumur antara 20-25 tahun, kebarangkalian untuk hamil pada setiap kitaran haids adalah 25%. Semakin umur meningkat, semakin merosotlah kebarangkalian itu. Pada umur 25-30 tahun kebarangkalian untuk hamil ialah 20%. Pada umur 30-35 merosot kepada 15%. Selepas 35 tahun merosot sebanyak 10% bagi setiap kitaran haids, dan ianya semakin merosot.
Ini bermakana untuk mendapat kebarangkalian untuk hamil, jika puan berumur dalam lingkungan 30an, puan perlu berusaha sebanyak 6 atau 7 kitaran. Jika selepas setahun, puan masih tidak berjaya untuk hamil, saya nasihatkan agar puan berjumpa dengan pakar sakit puan dan perbidanan yang mahir dalam bidang kesuburan wanita.
Namun bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, jika melihat pada pengiraan kebarangkalian 10%, memerlukan sekurang-kurangnya 10 kitaran haids, (10% X 10 kitaran haid = 100% ), namun saya mencadangkan puan segera pergi berjumpa pakar jika gagal hamil dalam masa 6 bulan.
Ini kerana kebarangkalian puan untuk hamil sangat rendah, dan jika hamil pula, kebarangkalian untuk gugur (miscarriage) sangat tinngi. Jadi jangan buang masa.
Semoga dapat membantu.
Jika ujian pertama gagal dan mahu lakukannya semula pada hari yang berlainan, ujilah pada waktu yang sama. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lebih lanjut. Info yang sangat berguna http://drzubaidi.com/blog/?p=610