Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini kami bercerita tentang jerebu; (Tips dan Panduan Kesihatan Ketika Jerebu, dan Perangai pelik rakyat Malaysia semasa jerebu, serta topeng atau mask comel semasa jerebu) . Hehe
Jadi tanpa membuang masa, mari kita lihat Perangai-perangai pelik rakyat malaysia semasa jerebu. Kalau anda semua perasan, jerebu akan memberi kesan negatif kepada Kesihatan dan ekonomi penduduk Malaysia. Ada juga kesan positif yang didapati dari jerebu, tetapi hanya segelintir sahaja yang mendapat manfaatnya.
Kesan positif adalah kepada cikgu dan murid-murid. Jika darurat jerebu, semua murid-murid tak perlu pergi ke sekolah! Cikgu pun tak perlu pergi kekelas untuk mengajar! Yeaaa!! Hip Hip Hoooray...!!
Kesan negatif nya pulak adalah budak sentiasa sakit, perlu beratur panjang untuk ke klinik, pemandangan semasa memandu terhad, sakit tekak dan macam-macam lagi (telah di explain dalam entri Tips semasa jerebu).
Ada lagi satu gambar pelik yang kami tak sempat tangkap, ianya tentang seorang lelaki (30an) yang kami jumpa semalam semasa menaiki bas. Kami ingatkan dia peka terhadap kesihatannya kerana dia memakai mask / topeng sepanjang perjalanan didalam bas. Apabila sampai ke satu tempat perhentian, kami lihat beliau turun dari bus. Kami rasa mungkin dia ingin ke tandas kerana lama duduk didalam bus.
Tak lama selepas itu, kami nampak dia mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakan rokoknya. HAH??!! Risau pada jerebu tetapi tak risau pada asap rokok?? WTF!! (wa tak faham). Tak kan dia tak tahu yang asap rokok lebih merbahaya dari asap jerebu? Asap rokok mengandungi lebih dari 3000 bahan kimia! Padahal asap jerebu cuma asap kebakaran tumbuhan sahaja.
Kami pun pelik bin ajaib dengan beliau. Kami tergelak didalam hati sendiri dan melihat sahaja karenah beliau tadi sampai dia habis menghisap rokok. Selepas habis menghisap rokok, dia menyarung kembali mask nya dan naik bas untuk meneruskan perjalanan.
Haaa...memang lawak betul semalam. Fikir-fikirkan..Bubye.