#LAWAK Curi Pisang, Motosikal Di Gantung



Curi Pisang, Motosikal Yang Kena Gantung


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Post hari ini agak pelik. Post ini telah lama kami publish, cuma repost kembali. Ianya berkenaan akibat mencuri pisang. Isu ini berlaku pada tahun 2012 di Kuala Terengganu.


Ada dua orang penduduk yang mengadu asyik kehilangan kebanyakan tandan pisang dikebun mereka akibat dicuri orang. Nak dipendekkan cerita, dua penduduk tadi terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan, tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta motosikal mereka.


Geram kerana gagal menahan pencuri pisang tadi, dua penduduk tadi dengan bantuan beberapa penduduk bertindak menggantung motosikal suspek bersama pisang yang dicuri di sebatang tiang telefon di kampung berkenaan.


Haa...nak cakap ni kes lawak pun boleh, nak cakap kes berat pun boleh. Mana tak nya, penat-penat kita tanam pisang selama SETAHUN, orang lain pula senang-senang ambil dalam masa 5 MINIT. Kalau kawan-kawan kena macam tu pun mesti kawan-kawan marah kan? Hehe..Tapi perlu ke sampai gantung motor? Jual motor tu lagi baik!Ahaks! Bubye...