Selamat Hari Raya-infoaday



Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca setia. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca setia. 

Mohon maaf sekiranya terdapat kekhilafan sepanjang kami berkongsi dan menyebarkan informasi di dalam blog ini. Semoga lebaran ini bakal memberi sinar dan cahaya buat kita semua umat islam.

Kami ingin memberi sedikit nasihat kepada pembaca yang bergelar ibu bapa. Jangan belikan anak anda mercun. Nanti ada anak-anak anda yang terlampau kreatif dan ingin menjadi saintis gila sehingga hilang sebahagian muka (dilaporkan dalam berita last week) kerana mencampurkan belerang mercun terlampau banyak. Akibatnya, muka sendiri yang merana.

Sukacita juga kami maklumkan bahawa pembaca blog kami telah pun mencecah average 15000 setiap bulan. Ini adalah bacaan untuk bulan MEI 2013 (15847 pageviews), JUNE 2013 (17216 pageviews), dan JULY 2013 (16438 pageviews). 

kad-raya-email-raya-Selamat-hari-raya-aidilfitri


Walaupun pageviews kami tidak seperti blog-blog otai yang lain sehingga mencapat 200,000 pageviews sebulan. Tetapi bagi kami, ini adalah petanda yang memberansangkan dan menunjukkan bahawa blog kami ini mempunyai potensi untuk berjaya. Kami akan berusaha untuk meningkatkan lagi mutu kualiti blog kami. Terima kasih kepada kawan-kawan, para pembaca yang setia memberi komen di dalam blog kami.

Kami akan bercuti sehingga 17 Ogos bersama ibubapa, keluarga dan saudara mara, justeru kami memohon maaf kerana tidak akan ada post baru dalam musim perayaan ini. 

Sekali lagi kami menghulurkan 10 jari kami, memohon maaf dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca.

kad-raya-email-raya-Selamat-hari-raya-aidilfitri