Gempar - Dadah di Jual Tepi Jalan




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Post hari ini agak pelik. Post ini telah lama kami publish, cuma repost kembali. Ianya berkenaan penjualan dadah secara terbuka di kedah pada tahun 2012.

Sindiket pengedaran dadah di daerah ini bertindak berani apabila memaparkan iklan menjual dadah secara terbuka di kawasan Simpang Empat, Sedaka dan Kuala Sala, sejak beberapa hari lalu sekali gus menggemparkan penduduk tempatan.
Papan iklan yang dipasang di beberapa batang pokok di kawasan berkenaan menimbulkan keresahan penduduk kerana ia boleh mempengaruhi golongan remaja terutama pelajar sekolah.
Iklan itu memaparkan tulisan

“Bukit Neraka FC – Yan 013-……., 
ubat – 1g RM25, 
ais – 05g RM110 
ubat 1/2 suku gram – RM1,000“.
Papan iklan itu dipasang sejak beberapa hari yang lepas bagi menarik ramai pelanggan muda membeli dadah.
Seorang penduduk terkejut melihat papan iklan berkenaan dipasang di kawasan itu kerana boleh mendedahkan orang ramai khususnya golongan muda kepada bahaya pengambilan dadah.
Penduduk tu menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan itu dan pemiliknya seorang lelaki memberitahu sekiranya saya mahu membeli dadah berkenaan boleh datang berjumpanya di Bukit Neraka.

Fulamak....mereka ingat kawasan ini lubuk penagih dadah ke sampai sanggup memasang iklan jual dadah di sini? Sindiket dadah kini semakin berani apabila secara terang-terangan memasang papan iklan menjual dadah. Walaupun kawasan itu dikenali sebagai perkampungan nelayan tidak semestinya semua nelayan mengambil dadah. Perbuatan ini kurang ajar dan tidak bertamadun. 

Tak kisah la di mana pun aktiviti ni berlaku, kami harap pihak berkuasa memantau aktiviti yang sebegini dan kalau boleh, tolong siasat sehingga ke lubang cacing! Kami tidak mahu anak bangsa mati kerana dadah apatah pembabitan golongan remaja especially pelajar yang bakal mewarisi negara akan gelap masa depan mereka.
Fikir-fikirkan..Bubye..