Pizza Durian dan durian creep

Pizza-Durian-dan-durian-creep

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Hari ini kami terjumpa satu artikel yang menarik iaitu berkenaan tentang raja buah iaitu durian. Sebelum ini mesti kawan-kawan pernah dengar tentang durian creep kan? Kalau belum pernah mencubanya, silakan mencari. Kami sertakan juga contoh gambar durian creep yang pernah kami makan.


Pizza-Durian-dan-durian-creep
Pizza-Durian-dan-durian-creep (ini bukan iklan promote-kami cari dalam internet aje)


Berbalik ke cerita kita. KAlau kawan-kawan nak tahu, durian kini telah dijadikan fast food yang enak iaitu Pizza durian. Walaupun durian mempunyai bau yang sangat kuat, durian semakin popular di negara China terutamanya dalam kalangan masyarakat yang gemarkan rasa eksotik. 

Menu luar biasa ini merupakan menu baru utama di Blue & Brown, iaitu sebuah kafe yang di Shanghai. Kafe ini mula dibuka sejak September 2012 dan kadar jualan pizza durian dalam sehari adalah 70 biji! Kiranya boleh tahan juga la permintaan nya.

Kalau kawan-kawan nak tahu, pizza ini terhasil menggunakan durian beku yang diimport daripada Thailand, keju dan sos rahsia! Pizza ini digemari oleh golongan muda terutamanya pelajar- pelajar China. Lapisan tebal keju di atas lapisan pizza menjadikan rasa durian itu semakin kuat dan permintaan durian kini semakin mengingkat di China. 

Ada juga penduduk di China yang ditemubual mengatakan bahawa bau durian yang kuat itulah merupakan tarikan pizza tersebut. Hmmm menarik betul topik kali ini. Agak-agaknya apa lagi buah-buahan dari malaysia yang boleh dikorsialkan? Fikir-fikirkan..silap-silap boleh jadi jutawan ni! Bubye..


Sumber dari Nasibah Abdul Ghani