David Beckham new Ferrari car







Salam 1Malaysia. Hari ini adalah post tentang dengki dan cemburu buta. Cuab korang tgk si david tu. nak menunjuk la tu! siap tayang kereta ferari baru pulak tu! Geram aku! (teringin nak beli kereta sebenarnya)

Kenapa la dengan aku ni kan, tetiba je jeles tgk orang beli kereta baru. Biasala tu..orang tu kan femes. So memang patut la dia beli semua tu. (pujuk diri sendiri). Walau apa pun, kita saksikan artikle yang aku ambil dari kosmo tadi.


Bintang bola sepak England yang bermain untuk kelab LA Galaxy, David Beckham (gambar kecil) mempunyai koleksi kereta terbaharunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta baharu Beckham itu merupakan Ferrari 612 Scaglietti yang berharga AS$300,000 (RM894,294.01), berwarna hitam dan mempunyai nombor 7.

Nombor itu pernah digunakan oleh Beckham semasa dia mewakili kelab Manchester United.

Kereta baharu itu dilihat diletakkan di luar rumah Beckham di sini baru-baru ini.

Sejak dilancarkan pada 2004, kereta Ferrari itu mempunyai sistem navigasi satelit, alat pemain muzik MP3, mengenali suara pemilik dan teknologi wayarles.

Sebelum ini, Beckham memiliki satu koleksi kenderaan yang terdiri daripada sebuah kereta BMW, Lamborghini, Aston Martin, Porsche, Escalade, sebuah jip dan beberapa motosikal.


Related artikle: harga kereta turun