Saya sering mendengar rungutan dari ramai wanita yang telah berkahwin betapa sukarnya mereka untuk slim semula selepas bersalin. Kata mereka , mereka berpantang selepas melahirkan cahaya mata tapi masih macam tu jugak! Kenapa agaknya?
Soalan ini sebenarnya ada banyak jawapan dan antara sebabnya adalah seperti berikut :
1.Berbengkung lebih kurang
Ini maksudnya mereka berbengkung tapi serupa macam tak berbengkung ! Apa yang saya selalu saya dapat bila bertanya lebih lanjut ialah walaupun mereka berbengkung, ia tidak di lakukan sepenuhnya. Ada yang memakai bengkung 1/2 hari , ada yang waktu pagi sahaja dan macam-macam lagi.Untuk mendapat hasil yang memuaskan, anda sebenarnya harus berbengkung sepanjang masa sewaktu dalam tempoh berpantang.
Bengkung perlu di pakai dengan betul dan kejab di badan. Sebelum memakai bengkung, sapu dulu sekeliling perut dan pinggul dengan ubat barut.Ubat barut berfungsi untuk mempercepatkan proses pemecahan lemak .Gabungan ubat barut yang berkesan, ikatan bengkung yang kejab dan kesungguhan pemilik tubuh untuk terus memakai bengkung sewaktu tempoh 44 hari akan membantu proses pelangsingan dan pembentukan tubuh dengan lebih cepat.
2.Tidak menjaga pemakanan
Memang agak sukar untuk menelan makanan yang hanya di rebus dan di panggang jika selama ini makanan anda berminyak dan bersantan.Jika kita faham kenapa makanan berminyak dan bersantan tidak di galakkan sewaktu berpantang tentu kita akan berhati-hati. Sewaktu mengandung terutama sekali yang berselera tinggi , berat badan mungkin bertambah lebih dari pertambahan normal( 8-10 kg ) iaitu antara 20kg.
Jika anda tambah lagi makanan yang berminyak ( sudah tentu kolestrol pun bertambah ) sudah tentu memang susah untuk kurus semula.Sebab itulah sajian makanan yang sihat ialah makanan yang di masak dengan cara memanggang, merebus, stim atau kukus.Cara sajian ini jugalah yang akan anda nikmati jika anda pernah bermalam di hospital!
3. Rawatan dalaman dan luaran yang kurang berkesan,
Ramai yang agak berkira untuk mencari rawatan bersalin atau set bersalin yang murah dan bukan yang berkesan .Ada set bersalin yang berharga murah tetapi adakah ia benar-benar berkesan untuk menurunkan berat badan anda? Pelawasan semasa tempoh berpantang adalah amat penting kerana lemak dan air yang berlebihan mesti di singkirkan dengan konsistent. Jika set bersalin ( atau loose product-anda beli bukan dalam set ) tidak membantu proses pelawasan bagaimana berat anda mahu turun ?
Satu lagi anda juga mungkin terpaksa menjadi penunggu bilik air kerana luka jahitan anda belum sembuh ( paling ramai menghadapi masalah sembelit selepas bersalin).Bukan sahaja anda jadi penunggu, anda juga boleh terasa tension dengan kesakitan dan rasa tertekan dengan keadaan anda yang kurang memuaskan di samping terpaksa memikul tanggungjawab baru sebagai seorang ibu!
Kesimpulannya peluang untuk mendapatkan kembali kelangsingan tubuh selepas bersalin sebenarnya terbuka luas. Anda hanya perlu pilih samada untuk melakukannya atau tidak? Jika anda pilih untuk sambil lewa , maka separuh jugalah apa yang anda akan dapat. Dan jika anda pilih untuk melakukannya bersungguh-sungguh , tak ada sebab kenapa anda gagal!