Assalamualaikum dan selmat tengah hari kepada semua pembaca setia. Ada tak korang pernah dengar tentang motosikal terbang? Haa...mesti tak pernah kan? Actually kami dah pernah cerita dalam post yang lepas tentang motosikal terbang.
Hari ini kami ada terjumpa satu artikel dalam sinarharian. Ianya berkenaan dengan kereta api terapung...atau mudah dipanggil MAGLEV (MagneticLevitation)..
Orang-orang Jepang (Jepun) memperkenalkan kereta api terapung, Maglev yang mampu mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam, pada 5 Jun 2013. (lagi laju dari kereta ferrari or kereta sport dalam dunia ni)
Maglev menggunakan sistem magnetik, turut dilengkapi dengan teknologi paling canggih pada masa ini bagi mencapai kelajuan yang tidak dapat melangkaui batas minda. Ini gambar magnetic levitation nya...
Keretap api terapung keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR Tokai), digerakkan sepenuhnya oleh kuasa magnet dan menjalani ujian awal baru-baru ini.
Maglev bakal digunakan di seluruh Jepun bermula 2045 selain sedang berusaha memperbaiki landasan dari Tokyo ke Osaka.
Kelebihan MagLev...."Kereta api terapung ini tidak menggunakan roda serta mampu bergerak dengan lebih laju serta senyap"
Perjalanan rasmi Maglev dijadualkan pada September depan dan bakal beroperasi sepenuhnya di antara Tokyo dan Nagoya pada pertengahan 2027 depan.
Berikut adalah beberapa gambar yang dipetik dari Tan Sri Gugel..selamat berinovasi semua!
P/S: Jangan jadi katak bawah tempurung
Haa...menarik kan? Bila la kita nak dapat kemudahan sebegini...tak la setiap pagi bersesak dalam jam dan sampai tempat kerja lambat. Kalau ada motosikal terbang, tiada kesesakan. Kalau naik bullet train yang 500km/h, bangun lambat pun tak apa..hehe.. renung-renungkan...Bubye...
Artikel menarik lain:
Motosikal pertama dunia
Harga kereta turun
Pesawat peribadi Jackie Chan
Bullet train China
Restoran Unik Dunia
Penyangkut baju VS Kereta